Air Gula Kultur : Penyebab Ketagihan Dan Tantrum
Saya dulu suka sangat yoghurt buah. Mungkin sebab rasa creamy tart daripada tenusu dan sebab …Manis buah memang best.
Masa ni tak check label pun berapa banyak gram gula. Kebanyakan yoghurt di pasaran mengandungi 15-40gram gula. Ini bersamaan 2-3 sudu besar gula.
Mengikut American Heart Association, kanak-kanak berumur 2-18 tahun disarankan menghadkan gula tambahan kepada 5 sudu gula (25gram) sahaja setiap hari. Jadi minum yoghurt sebotol, confirm lebih separuh gula harian. Tak termasuk gula dalam masakan lagi tu. Bawah umur 2 tahun sepatutnya 0g, iya..kosong. tak patut beri makanan dengan gula tambahan.
Tapi dulu, tiada orang cerita bab manis ni. Pemikiran saya dulu.. ”yoghurt tentu lah bagus kan. Yoghurt kan ada kuman baik probiotik bagus untuk usus.”
Rupanya, gula tinggi dalam yoghurt tu tak bagus pun untuk perut dan usus. Gula tinggi boleh bunuh sel usus mengikut kajian saintifik. Gula banyak ni juga sebenarnya yang biakkan kuman tak baik..Kuman jahat power seperti superbug juga suka gula tinggi ni. Superbug ni bina lapisan pelindung biofilm untuk protect diri mereka daripada antibiotik.
Gula juga berpotensi sebabkan kulat berkembang biak. Mereka memang suka gula tinggi. Saya ragu-ragu sedikit kuman dalam minuman yoghurt tu mampu bunuh kulat ni. Terutama sekali bila yoghurt datang sekali dengan makanan kulat 😓
Jadi saya sentiasa elakkan beli minuman yogurt berperisa tinggi gula untuk anak-anak. Takut tak jalankan amanah sebagai parent..nanti anak sakit.
1) Imuniti jadi tak stabil. Kerap kena jangkitan kuman. Alahan macam resdung, ekzema menjadi-jadi. Penyakit autoimun pun makin biasa jadi pada kanak-kanak.
2) Anak jadi cranky mengamuk dan hiperaktif selalu sebab ketagih gula.
3) Obes. Risiko hati berlemak juga.
5) Masalah jantung. Darah tinggi.
6) Masalah keradangan. Bengkak tonsil lah. Bengkak dalam hidung. Bengkak dalam usus.
7) Organ dan saraf rosak.
Ada banyak je alternatif minuman yogurt manis ni.
1) Beli lah yang kandungan gula kurang 10gram. Kalau ada la.
2) Buat sendiri. Beli Greek atau full cream yoghurt. Campur buah blend dan boleh je tambah madu atau pemanis seperti stevia.
3) Pergi kedai Arab order je laban sikit gula atau ayran 😆👍
Kalau anak mengamuk nak minuman yogurt juga? Saya explain sama dia..tiada beza pun gula dalam coke dan minuman yogurt. Bahaya coke pepsi tu sebab gula dan pengawet. Sikit kuman L. Bulgaricus, L. Casei dan L. Thermophilus dengan GULA BERTIMBUN takkan sihatkan badan punya lah.
Syukur lepas lama kena brainwash..anak saya paling suka minum air kosong/mineral je bila pergi mana-mana.
Oh terlupa saya nak share..kami sekeluarga ni jenis keluarga tinggi histamin. Kuat alergi. Ekzema, resdung. GERD. Migrain. Semua ada.
👇
Kuman L. Casei dan L. Bulgaricus dalam yogurt adalah penghasil histamin. Bahan tenusu juga tinggi histamin.
Bahan histamin ni lah penyebab angin dan penyebab alergi jadi teruk. Jadi masa perut tak sihat memang kami elakkan apa-apa makanan naikkan histamin ni.
Jangan ingat asal ada bahan sihat je dalam sejenis makanan, ia adalah makanan sihat untuk semua orang. Akibat terpedaya gimik marketing ni lah, berpuluh tahun alergik saya makin teruk. Saya doakan generasi anak kita berjaya harungi cabaran makanan zaman moden ni.
Kalau anak-anak nak juga, saya pun tidak boleh tolong.
Nasihat saya satu je. Kita ibu bapa ada kuasa ke atas anak kita.
Biarkan je mereka memekak. Asal badan mereka tak rosak.
Hafiz Sulaiman,
-Pejuang Kesihatan.
IMAGE
Eu et tellus vestibulum taciti et sit, nunc enim ipsum donec aliquam vitae, per mauris, amet ultrices. Pellentesque amet proin ut vestibulum eleifend nam, wisi vel tellus pulvinar mi risus consectetuer, sed faucibus facilisi, accumsan nam.
Neque turpis vitae eros praesent varius. Egestas pellentesque urna blandit, sed ac leo ut mi, nam wisi, laborum donec erat amet.
Nec ut tellus ornare, orci tortor suspendisse aliquet sollicitudin rhoncus, maecenas suscipit cras porttitor vestibulum vivamus.