Diet Rendah Karbohidrat Tinggi Lemak Memendekkan Nyawa? 3 Sebab Kenapa Ia Bukan Fakta Hujah Kritikal Saintifik
Ramai pengamal diet rendah karbohidrat tinggi lemak (LCHF) seperti Atkins, ketogenik dan Paleo mungkin sangat terkejut dengan berita baru-baru ini. Penemuan hasil kajian yang diterbitkan pada 16 September 2018 di dalam Jurnal Kesihatan Awam Lancet merumuskan diet jenis ini boleh memendekkan nyawa.
Sudah lah diberitakan baru-baru ini makanan ruji pengamal diet ini iaitu minyak kelapa itu racun asli yang membunuh menurut seorang profesor biostatistik daripada Harvard. Kali ini digemparkan pula dengan kajian besar-besaran dengan sejumlah 15,000 subjek mengatakan diet tinggi lemak ini bahaya.
Ada beberapa poin yang perlu dijelaskan di sini:
1. Bukti Kajian Yang Lemah.
- Pada jurnal Lancet isu yang bertarikh sama 16 Sept 2018 telah diterbitkan juga satu lagi hasil kajian tahun lepas.
Rujuk di sini:
“Last year, the Prospective Urban Rural Epidemiology (PURE) studyof 135 335 individuals from 18 countries in five continents showed that a diet high in carbohydrates (more than approximately 60% of energy) but not high in saturated fats, was associated with higher risk of death.
Kajian PURE pada tahun 2017 ini melibatkan subjek yang 5 kali ganda lebih ramai daripada 18 negara, dan merumuskan diet tinggi karbohidrat (lebih 60% kalori harian), bukannya tinggi lemak tepu adalah dikaitkan dengan risiko lebih tinggi kematian.
- Kajian epidemiology jenis keduanya merupakan antara yang paling lemah pembuktiannya dan tidak menunjukkan sebab, cuma menunjukkan kaitan. Menggembar-gemburkannya sebagai fakta saintifik adalah sangat tidak bertanggungjawab.
Prof John P A Ioannidis , seorang pakar epidemiologi terkemuka dunia mengatakan kajia epidemiologi nutrisi tak boleh dipakaiguna sebagai rujukan sains yang kukuh.
Apa contoh kajian yang kukuh?
IMAGE
Kajian Randomised Controlled Trial (RCT) adalah eksperimen sains yang menunjukkan bukti paling kukuh.
2. Kajian Menggunakan FFQ yang Tidak Boleh Diharapkan.
Food frequency questionnaire (FFQ) merupakan kaedah kontroversi yang tidak boleh diharapkan mendapatkan feedback yang boleh dipercayai. Ini adalah kerana kemungkinan berlaku kelemahan dari sudut bias laporan:
- Lebih laporan makan yang disangka bagus –contohnya sayuran dan wholemeal dilaporkan lebih banyak makan.
- Kurangnya laporan makan makanan berlemak secara jujur.
- Subjek kajian juga mungkin tidak arif kandungan bahan dan kaedah mengukur porsi makanan.
3. Kajian pada golongan subjek yang mengelirukan.
Golongan kumpulan terendah karbohidrat yang dikaji secara puratanya mengambil 37% karbohidrat daripada anggaran 1558cal harian. Ia bersamaan dengan 114g karbohidrat harian. Diet rendah karbohidrat jenis apa ini ya?
Atkins : 4 fasa bermula dengan induksi pada jumlah harian karbohidrat 20g –fasa akhir sehingga 100g karbohidrat harian.
Paleo : Kurang 50g untuk rapid weight loss. 50-100g untuk pengurangan berat badan. Lebih 100g karbohidrat harian daripada sumber berkualiti dan padat nutrisi.
Ketogenik : sehingga 50g karbohidrat harian.
Kesimpulannya, kajian ini membuat rumusan ke atas pengamal diet terendah karbohidrat dalam group kajian tersebut iaitu lebih kurang 144g berisiko mati cepat.
Bukannya golongan pengamal diet rendah karbohidrat yang rata-ratanya ambil karbohidrat hariankurang 100g .
Kajian saintifik mengenai bahaya diet rendah lemak tinggi karbohidrat atau bahaya diet tinggi lemak rendah karbohidrat adalah bercampur hasilnya disebabkan faktor metabolik individu yang berbeza. Tiada fakta boleh dirumuskan, apatah lagi merujuk kepada kajian epidemiologi dan mengatakannya adalah fakta sains adalah tidak saintifik dan mengelirukan.
Rendah atau tinggi lemak atau karbohidrat, diet yang terbaik adalah makan secara sederhana makanan fitrah yang semulajadi. Elakkan makanan proses dan kurangkan pengambilan gula. Insha Allah akan dikurniakan kesihatan yang lebih baik.