Ekzema Menurut Perubatan Moden
DEFINISI
Ekzema merupakan penyakit kulit gatal disebabkan keradangan dan kulit sensitif.
Ekzema juga digolongkan di dalam penyakit atopi yang merupakan penyakit diwarisi keluarga.
Penyakit ini mungkin dilihat ahli keluarga atopi
- Asma
- Resdung
- Alergi konjuntivitis (gatal mata)
- Ekzema (atopic dermatitis)
RISIKO
IMAGE
Alergi makanan yang berkait rapat dengan ekzema adalah berkitar di dalam keluarga yang berpenyakit alergi. Kebarangkalian seorang anak mendapat alergi makanan ialah: 5–15% risiko walaupun tiada sejarah alergi di dalam keluarga. 20 – 40% sekiranya salah seorang darinya mempunyai alergi. 25 – 35% sekiranya adik beradiknya mempunyai alergi. 40 – 60% sekiranya kedua ibubapanya mengalami alergi. 50 – 80% sekiranya alergi ibubapa adalah jenis yang sama.
PENCEGAHAN
Terdapat dua langkah pencegahan penyakit alahan iaitu:
- Bersalin normal (vagina)
- Menyusukan anak secara ekslusif sekurangnya 6 bulan.
PUNCA EKZEMA
Punca sebenar ekzema adalah tidak diketahui namun begitu, ia dikaitkan dengan variasi genetik sesuatu keluarga. Apa yang sering disalah erti ialah pencetus ekzema bukan penyebab penyakit ekzema.
CIRI EKZEMA
IMAGE
Keradangan kulit disebabkan ekzema menjadikan kulit kering, merah, panas dan bengkak. Dinding perlindungan kulit menjadi rosak dah terdedah. Maka air daripada dalam kulit keluar melalui bahagian lapisan kulit yang rosak menyebabkan kulit menjadi kering. Ini dipanggil trans epidermal water loss (TEWL).Kulit juga menjadi gatal kerana saraf gatal terdedah kepada persekitaran. Penyakit ekzema itu sendiri menjadikan saraf itu lebih gatal. Kulit pesakit ekzema juga mudah terdedah kepada jangkitan kuman kerana kerosakan dinding pelindungan kulit. PH kulit yang asalnya berasid (pH4.5) bertukar menjadi lebih alkali dan ini menyebabkan banyak kuman asal kulit diganggu kuman luar.
SIMTOM EKZEMA
1) Sangat gatal walaupun mungkin tiada ruam.
2) Ruam berbentuk pelbagai dan merah menyala ketika meradang.
3) Boleh menjadi berair atau bernanah terutamanya jika terkena jangkitan kuman
4) Jika terlampau kering dan ekzema menebal, kulit boleh menjadi berkerak.
JENIS EKZEMA
Jenis-jenis ekzema berbeza dengan lokasi dan bentuk ekzema itu sendiri. Ekzema yang paling biasa ialah atopi iaitu pada bahagian pipi dan pelipat siku dan lutut.Ekzema boleh menjadi sangat teruk dan membentuk kerak keras seperti Eczema craquelédisebabkan kulit terlampau kering. Menggosok dan menggaru ruam ekzema boleh menyebabkan ruam menjadi tebal dan berkerak. Gambar 1 Gambar 2
PENYAKIT MENYERUPAI (DIFFERENTIAL)
- Apa-apa ruam radang sering disalah erti sebagai ekzema termasuk jerawat dan ruam peluh (miliaria).
- Ekzema jenis diskoid menyerupai ruam bulat yang sering disalah erti dengan jangkitan kulat (tinea).
- Ekzema jenis pompholyx (dyshidrotic) mungkin disalah diagnosa sebagai scabies kerana rupanya yang seakan serupa dan keduanya juga gatal. Selain itu, diagnosa seperti dermatitis herpetiformis iaitu alergi gluten juga harus dikecualikan.
- Gegata (urticaria) merupakan penyakit sensitif dan gatal badan seperti ekzema namun mempunyai rupa yang berbeza antaranya berupa seperti “peta”. Ruam gegata yang merah pucat biasanya timbul dan licin serta hilang sendiri dalam masa beberapa hari. Terdapat juga jenis gegata kronik yang berpanjangana sehingga bertahun-tahun.
- Prurigo nodularis merupakan ruam berbiji yang sangat gatal biasanya pada tangan atau kaki.
BAGAIMANA DIAGNOSIS EKZEMA DIBUAT
Diagnosa ekzema disahkan oleh doktor perubatan atau pakar kulit. Tiada ujian makmal biasanya digunakan. Doktor akan membuat pemeriksaan fizikal jenis ruam dan bertanyakan soalan terperinci sebelum membuat diagnosa masalah ekzema. Pesakit ekzema juga kebiasaannya mempunyai masalah alahan dan alergi. Keduanya merupakan masalah berbeza yang biasanya dicetuskan oleh alergen persekitaran. Ujian alahan dan alergi, walaupun membantu mengenal pasti alergen pencetus, tidak tepat dan mungkin memberi gambaran salah mengenai pencetus alahan pesakit ekzema.
RAWATAN EKZEMA MODEN
Mengikut perubatan konvensional, ekzema yang merupakan penyakit keturunan tidak dapat disembuhkan. Ekzema cuma dapat dikawal dan rawatan adalah menjurus ke arah mencegah kekerapan keradangan demi meningkatkan jangka waktu kulit bebas ekzema. Maka kaedah perawatan ekzema menurut perubatan konvensional ialah: (Diterjemah daripada Dermnetz NZ):
1.Elak Pencetus Ekzema
2.Emolien dan Pelembap Mencegah Pengeringan Kulit
3.Antihistamin Untuk mengawal Kegatalan
4.Antibiotik Untuk Membunuh Kuman Kulit
5.Penggunaan Steroid (Lemah Hingga Sangat Kuat)
6.Penggunaan Pengubah Imuniti Badan (Immunomodulator/Chemo)
1. KENAL PASTI, BASMI DAN CEGAH PENCETUS EKZEMA
- Jika mampu, elakkan segala faktor pencetus dan menerukkan ekzema.
- Elakkan cuaca melampau (sejuk/panas).
- Elakkan pemakaian bulu kasar atau fabrik sintetik.
- Elakkan penggunaan sabun dan detergen.
- Pastikan kuku dipotong pendek.
2. PASTIKAN KULIT SENTIASA LEMBAP
- Memandangkan dinding perlindungan kulit rosak, kelembapan akan hilang dengan pantas melalui kulit pesakit ekzema.
- Rendam dengan air suam sekurangnya 10 minit seterusnya penggunaan pelembap atau emolien.
- Penggunaan emolien adalah sangat penting dalam terapi ekzema. Kekerapan dan kuantiti penggunaannya sewajarnya melebihi mana-mana terapi ekzema yang lain.
3. RAWAT KEGATALAN DAN CEGAH KERADANGAN
- Steroid kekuatan rendah boleh digunakan jika penggunaan emolien sahaja tidak dapat mengawal keradangan
- Antihistamin boleh melegakan sesetengah pesakit, terutamanya yang mengalami gegata atau resdung, apabila diambil pada waktu malam ketika kegatalan biasanya memuncak.
- Agen Immunomodulatory (seperti sapuan tacrolimus atau pimecrolimus) boleh digunakan pada muka, kelopak mata dan celahan kulit, untuk ekzema yang tidak respon kepada steroid kekuatan rendah.
4. RAWAT PENERUKAN KERADANGAN
- Steroid kekuatan sederhana dan kuat digunakan untuk jangkamasa yang pendek untuk merawat penerukan keradangan ekzema.
- Steroid kekuatan ultra hanya boleh digunakan buat jangka waktu 1 hingga 2 minggu ke kawasan selain muka dan pelipat.
5. RAWAT JANGKITAN KULIT SEAWAL MUNGKIN
- Jangkitan kulit Staphylococcus aureus merupakan jangkitan berulang yang perlu dirawat menggunakan antibiotik.
- Ekzema juga boleh dirumitkan dengan jangkitan virus pada kulit seperti herpes simplex. Diagnosis awal dan penggunaan antiviral mungkin diperlukan. Ketuat (warts) and molluscum contagiosum (ketuat air) boleh jadi lebih teruk daripada pesakit tanpa ekzema.
- Jangkitan kulat (yeast and dermatophytes) mungkin merumitkan dan menerukkan ekzema. Diagnosis dan penggunaan antikulat sesuai diperlukan.
MERAWAT EKZEMA MENGGUNAKAN PERUBATAN FUNCTIONAL DAN MENYELURUH (HOLISTIK).
Apabila mengambil makanan tertentu, ekzema mungkin menjadi meradang merah, gatal dan bengkak.
Bila emosi kita stres, ekzema boleh jadi lebih merenyam, tak tahan gatal dan mungkin berair.
Tapi yang anehnya, kenapa kita hanya ditekankan rawatan ekzema pada kulit?
Adakah ekzema hanya di kulit? Hanya perlu pelembap dan antiradang sapu?
Perubatan Functional mempunyai pendekatan saintifik dan lebih menyeluruh:
Makanan yang Baik (Toyyib)
IMAGE
Keseimbangan Hormon (Tidur & Matahari)
IMAGE
Persekitaran & Kimia toksik
IMAGE
LEAKY GUT MENINGKATKAN KERADANGAN DAN RISIKO ALAHAN BARU
Fenomena apabila berlaku sistem pencernaan yang bocor , bukan berlubang ya. Usus atau perut berlubang merupakan kes kecemasan yang boleh membawa maut.
- Sebaliknya ia bermaksud, kebocoran sangat halus (mikro) dan secara fungsinya.
- Sistem pencernaan menjadi lebih telap. Lebih telap bermaksud membenarkan lebih banyak bahan asing masuk daripada rongga sistem pencernaan ke dalam sistem darah.
Benda asing yang tak sepatutnya menerobosi dinding lapisan usus:
- Bahan makanan tak tercerna dengan baik.
- Kuman pembawa penyakit daripada usus.
- Bahan kimia dan toksik termasuk logam berat.
PUNCA USUS JADI BOCOR (LEAKY GUT)
- Perubahan hormon: peningkatan kortisol disebabkan stres meningkatkan ketelapan usus.
- Penyakit keradangan usus seperti Celiac, IBD dan IBS meningkatkan ketelapan usus.
- Gangguan terhadap kuman usus dan persekitarannya meningkatkan ketelapan usus.
- Sesetengah makanan meningkatkan ketelapan usus contohnya gluten, susu dan nightshades .
- Pengambilan gula fruktosa berlebihan , temasuk minuman beralkohol.
- Alahan terhadap makanan seperti Amines, FODMAPs, Salicylate dan Sulfite.
- Pembiakan berlebihan kuman usus kecil (SIBO ).
- Kerosakan lapisan usus disebabkan penggunaan antibiotik dan ubat tahan sakit.
- Pendedahan terhadap bahan kimia dan logam berat .
- Pendedahan terhadap chemotherapy dan radiotherapy dos tinggi.
- Mengandung.
RINGKASAN APA ITU LEAKY GUT
Leaky gut merupakan kondisi di mana kerosakan lapisan sistem pencernaan menyebabkan KEBOCORAN : makanan tidak cerna, bahan sisa toksik dan kuman menerobosi lapisan usus dan menceroboh ke sistem darah seterusnya mencetuskan reaksi antibodi badan.
KESAN LEAKY GUT TERHADAP KESIHATAN
Benda asing seperti makanan tidak cerna, kuman dan sisa toksik menceroboh sistem darah seterusnya akan ke organ-organ badan seperti:
- Hati
- Otak
- Jantung
- Paru-paru
- Buah pinggang
- Pankreas
- Tiroid
- Kulit
- Usus
……Serta mungkin ke seluruh sistem badan.
- Tidak lama bermulanya pencerobohan, antibodi yang merupakan sistem pertahanan badan akan bertindak.
- Dalam masa beberapa saat hingga beberapa hari, antibodi ini akan menyerang benda asing yang menceroboh dan berkeliaran di dalam darah dan organ .
- “Peperangan ”yang meletus antara antibodi dan benda asing ini menghasilkan KEROSAKAN menyebabkan kebakaran dalaman atau KERADANGAN.
- Sekiranya “peperangan keradangan” ini meletus di pankreas contohnya, terjadilah kerosakan pankreas menyebabkan kencing manis jenis 1.
- Sekiranya gabungan antibodi dan bendasing (antibody-antigen complex) ini terdampar di kulit, maka penyakit kulit ekzema akan menjadi lebih teruk.
- Terdapat juga banyak kes apabila protein gluten di dalam makanan bergandum ini lolos usus yang bocor dan terdampar di kulit, ia mencetuskan penyakit kulit seakan-akan dan sering dianggap ekzema iaitu DERMATITIS HERPETIFORMIS
IMAGE
KEBOCORAN : Bahan asing menerobosi dinding usus yang “bocor” dan masuk ke sistem darah mencetus reaksi antibodi yang menyebabkan keradangan.
IMAGE
Kaitan antara leaky gut (intestinal permeability) dengan ekzema dan alahan makanan sudah lama dikaji. Kajian di atas diterbitkan di jurnal terkemuka Lancet pada tahun 1981.
Bahan asing seperti makanan tak cerna, kuman dan bahan kimia menerobosi lapisan dinding pertahanan usus yang rosak masuk ke dalam sistem darah seterusnya terdampar di kulit. Imuniti badan mengesan “penceroboh asing ” ini dan antibodi akan menyerang benda asing ini di kulit. Ini mungkin mencetuskan keradangan kulit iaitu ekzema.
LEAKY GUT MUNGKIN MENCETUS ALAHAN BARU
- Malah, antibodi juga boleh “menyerang ” benda asing yang terdampar di lapisan usus, menyebabkan kerosakan. Contohnya alergi gluten boleh mencetus antibodi menyerang lapisan usus menyebabkan keradangan pada sesetengah orang. Penyakit ini dinamakan PENYAKIT CELIAC.
- Kerosakan usus juga menyebabkan usus jadi lebih bocor dan telap. Semakin lama, keradangan dalam badan jadi semakin teruk dan sistem badan lain mungkin terkesan.
- Pencerobohan benda asing juga menyebabkan badan mengecam penceroboh dan menghasilkan “askar ”antibodi yang khusus untuk penceroboh itu. Contohnnya:
Kacang tidak tercerna yang masuk ke dalam badan melalui dinding usus yang rosak akan menyebabkan badan menghasilkan antibodi terhadap kacang. Kacang kemudiannya akan dikenali badan sebagai penceroboh yang akan mencetuskan reaksi serangan antibodi terhadap badan sendiri (autoimuniti) apabila dimakan. Maka kita akan mendapat alergi terhadap kacang!
Maka tidak hairan jika leaky gut juga dikaitkan sebagai pencetus masalah alergi baru terhadap makanan dan alergi persekitaran. Sebelum ini mungkin alergi atau alah sedikit sahaja. Selepas lebih bocor usus, kita akan jadi alah kepada bermacam-macam alahan baru.
LEAKY GUT MUNGKIN MENCETUS MASALAH AUTOIMUNITI
Leaky gut juga dikaitkan dengan masalah autoimuniti lain yang berlaku apabila bahan asing menerobosi perut yang bocor:
Di dalam kajian saintifik, antara penyakit autoimuniti yang dikaitkan dengan masalah leaky gut ialah:
- Kerosakan Selaput Saraf –Multiple Sclerosis.
- Kencing Manis –Diabetes type 1.
- Radang Sendi Kecil –Rheumatoid arthritis.
- Keradangan Tiroid –Autoimmune Thyroiditis.
- Kerosakan Usus Disebabkan Alergi Gluten –Celiac Disease
IMAGE
Semakin banyak kajian mengaitkan sindrom leaky gut dengan gangguan terhadap pelbagai sistem badan
Ringkasan Teori
1) Sensitif kulit pesakit ekzema adalah disebabkan berlebihan histamin.
2) Histamin jadi berlebihan kerana pengurai semulajadi histamin yang banyak terletak di usus iaitu DAO berkurang kerana kerosakan lapisan usus.
3) Kaedah pemulihan ialah dengan pulihkan usus supaya DAO pulih dan mengurangkan sensitif kulit (histamin).
APA ITU ALAH HISTAMIN (HISTAMIN INTOLERANCE)
Histamin merupakan agen saraf yang memberi isyarat kepada badan menyebabkan keradangan.
Sejenis enzim di lapisan usus iaitu DAO pula merupakan “antihistamin semulajadi ”yang mengimbangi histamin berlebihan dalam badan kita.
Histamine Intolerance (HI) atau alahan histamin berlaku apabila berlaku ketidakseimbangan antara histamin dan diamine oxidase (DAO) di dalam badan kita.
IMAGE
Buku teks alahan histamin
KENAPA PARAS HISTAMIN BADAN JADI TINGGI?
Histamin menjadi tinggi (alahan histamin) berlaku kerana:
1. Berlebihan histamin di dalam badan akibat pemakanan tinggi histamin atau histamin daripada ransangan stres persekitaran.
2. Kekurangan enzim DAO untuk menguraikan histamin badan.
Akibatnya, apabila histamin dalam badan tinggi, badan berisiko jadi lebih sensitif dan mudah radang.
IMAGE
IMAGE
Peningkatan histamin dalam plasma darah dan pengurangan ketara enzim diamine oxidase (DAO) dilihat dalam pesakit ekzema
IMAGE
Paras histamin yang meningkat adalah berkait dengan pengurangan ketara enzim pengurai histamin iaitu DAO di dalam darah pesakit ekzema.
IMAGE
Pengurangan DAO darah menyebabkan simtom HIT @ “histamin intolerance” seperti sakit kepala kronik, senggugut (dysmenorrhea), kulit kemerahan (flushing), simtom usus dan alahan kepada makanan tinggi histamin dan alkohol (tinggi histamin juga) adalah lebih kerap dilihat pada pesakit ekzema berbanding “control”.Pengurangan simtom HIT dan score keterukan ekzema boleh dicapai dengan diet bebas histamin.
Kajian oleh seorang pakar pengkaji alergi Laura Maintz 2006 menunjukkan bahawa terdapat sesetengah pesakit ekzema yang ujian alahannya negatif tetapi mempunyai paras histamin yang tinggi dan pengurai histamin (DAO) yang rendah.
APA ITU HISTAMIN
- Histamin merupakan agen pemancar saraf penting yang berfungsi memberi signal dan berkomunikasi dengan badan.
- Histamin merupakan komponen utama yang mengantara keradangan mengakibatkan gatal, sakit, bengkak, panas, merah dan hilang fungsi.
- Histamin dihasilkan daripada amino asid histidine daripada pemakanan protein tertentu.
- Histamin berada di seluruh badan kita, tetapi paling banyak di lapisan sistem pencernaan.
IMAGE
Protein Histidine dalam makanan ditukarkan kepada histamin oleh enzim HDC di dalam kuman makanan. Maka, lebih tidak segar sesuatu makanan, lebih tinggi kandunan histamin.
DAO –“PENAWAR ”HISTAMIN BERLEBIHAN
- Histamin dineutralkan oleh enzim DAO (pengurai utama) dan enzim HNMT kepada bahan tidak aktif IA.
- Enzim DAO paling banyak terdapat di organ buah pinggang, uri (plasenta), thymus dan juga lapisan dinding sistem pencernaan!
IMAGE
Histamin berlebihan dineutralkan oleh DAO
FUNGSI FITRAH HISTAMIN
- Histamin mempunyai pelbagai fungsi di dalam badan . Antara fungsi yang sangat penting iaitu memberi arahan memulakan keradangan dalam proses penyembuhan luka dan kerosakan badan. Keradangan juga penting di dalam proses menyingkirkan alergen dan kuman yang menceroboh badan.
Antara fungsi lain histamin boleh dirumuskan melalui kajian Maintz et al 2006:
IMAGE
Rajah adaptasi daripada kajian Maintz et al 2006 ini menunjukkan fungsi fisiologi histamin di dalam badan manusia. Saya akan perincikan fungsi ini kemudian di dalam bahagian alahan histamin halaman web ini.
KESAN HISTAMIN BERLEBIHAN KEPADA PESAKIT EKZEMA
Secara teorinya, berlebihan histamin dan kekurangan enzim DAO yang menguraikan histamin menyebabkan baldi histamin semakin penuh. Semakin banyak histamin, semakin sensitif dan mudah meradang sesuatu sistem di dalam badan.
IMAGE
Fungsi histamin dan kesan ketidakseimbangan histamin diadaptasi daripada kajian Maintz et al 2006
KESAN HISTAMIN BERLEBIHAN DI KULIT
Fungsi histamin di dalam rangka kotak merah di atas:
1) Meransang saraf nociceptor iaitu saraf yang memberi rasa gatal dan sakit.
2) Meningkatkan ketelapan @ “kebocoran ”salur darah pada kulit seterusnya meningkatkan juga ketelapan dinding perlindungan kulit.
Kesannya kepada kulit :
1) Pruritus: Berlebihan histamin secara teorinya menyebabkan kita rasa lebih gatal dan lebih sakit berbanding manusia dengan paras normal histamin kerana peningkatan aktiviti saraf nociceptor.
2) Urticaria @gegata : Kulit jadi mudah bengkak. Peningkatan ketelapan kulit juga menyebabkan jangkitan kuman mudah mencerobohi kulit yang dindingnya sudah bocor ini.
3) Flushing (kemerahan) : Kulit juga menjadi kemerah-merahan kerana pengaliran darah yang meningkat disebabkan oleh histamin.
Ekzema bukan penyakit kulit kering semata-mata disebabkan TEWL. Saraf gatal dan sakit menjadi lebih aktif dan kulit mudah bengkak disebabkan ransangan oleh histamin.
RAHSIA PULIH KEGATALAN EKZEMA
MENGAPA HISTAMIN JADI BERLEBIHAN?
– KERANA ENZIM PENGURAINYA DAO BERKURANG.
– MENGAPA DAO BERKURANG?
JAWAPANNYA: Kerosakan lapisan usus menyebabkan enzim pengurai histamin iaitu DAO berkurang. Ini menyebabkan histamin berkumpul di dalam badan kerana tidak dapat diuraikan.
IMAGE
Enzim DAO paling banyak disimpan di lapisan usus. Maka antara punca utama kekurangan DAO ialah KEROSAKAN LAPISAN SISTEM PENCERNAAN! Puncanya(akan datang)
HISTAMIN BERLEBIHAN SEBABKAN BADAN JADI SENSITIF –TERMASUK KULIT!
Semakin banyak histamin berkumpul di dalam badan, semakin sensitif badan kita. Dalam kes ekzema:
- Kulit jadi makin sensitif.
- Kulit mudah bengkak dan gatal.
- Semakin banyak alahan baru muncul. Makin alah dengan persekitaran. Alah sabun. Alah hama. Alah getah. Alah makanan. Alah macam-macam.
- Perut sensitif. Sesetengah orang ada masalah gastritis atau refluks (GERD). Cirit-birit atau sembelit juga sangat biasa dalam pesakit ekzema yang sensitif. Salah makan terus cirit.
- Emosi juga makin sensitif. Makin cepat marah. mudah stress. Mudah sedih dan pilu.
- Imuniti badan juga makin merosot. Senang demam. Senang dapat radang tonsil. Bisul. Jangkitan virus/kulat/bakteria pada ruam ekzema.
JAWAPANNYA: Kerosakan lapisan usus menyebabkan enzim pengurai histamin iaitu DAO berkurang. Ini menyebabkan histamin berkumpul di dalam badan kerana tidak dapat diuraikan.
Kita dibiasakan dengan mengelak dan menahan simtom selalunya. Elakkan trigger dan pencetus ekzema. Tahan gatal dengan ubat antihistamin yang hanya menahan aktiviti histamin. Guna steroid yang hanya mengurangkan keradangan buat sementara waktu biasanya.
Apa kata kita rawat punca? Dengan merawat punca keradangan, kegatalan dan sensitif badan, kita akan menyelesaikan isu pencetus atau trigger gatal dan radang.
Tidak kira apa jenis sabun..apa jenis habuk..apa jenis hama..apa jenis makanan,
Semua sensitiviti badan akan hilang dan pemulihan badan secara fitrah akan berjalan lancar.
Pulihkan kerosakan sistem pencernaan untuk memulihkan DAO penawar sensitif badan termasuk kulit.
Benarlah bahawa penyakit itu bermula dari perut.