Dr. Hafiz Sulaiman.
Founder The Redox dan
Pakar Nutrisi Functional
Jom Kembali Sihat Secara Fitrah!
Misi Pejuang Kesihatan The Redox
Salam perkenalan,
Saya Hafiz Sulaiman.
Dunia moden yang kian mencabar memerlukan penjagaan kesihatan yang lebih individualistik dan pro-aktif.
Kesihatan bukan lagi di tangan perawat dan pakar-pakar kesihatan.
Mereka hanya memberi panduan dan syor supaya anda, ya supaya KITA dapat membuat PILIHAN DIMAKLUM (informed consent).
Saya menggalas tanggungjawab untuk mengkaji dan berkongsi info-info kesihatan tanpa bias sehingga ke peringkat molekular dan functional, mencari kaitan kenapa kita sakit dan bagaimana untuk pulih.
Dengan membuka ruang paradigma baru perubatan tanpa sempadan dapat membantu kita membuat pilihan yang dimaklumkan (informed consent) iaitu pilihan secara semulajadi dan saintifik.
Insha Allah dengan ikhtiar dan doa, segala kesembuhan adalah daripada-Nya.
Wallahua’lam
Hafiz Sulaiman, M.D. IIUM
March, 2023
0 +
Tahun Pengalaman
0 +
Artikel Kesihatan
0 +
Klien Korporat
0 K
Followers
Graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan, IIUM
Hafiz Sulaiman, MBBS (IIUM) merupakan graduan Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan. Beliau mendapati praktis perawatan perubatan moden kekurangan daripada segi pengetahuan yang mendalam mengenai pemakanan dan gaya hidup yang sihat. Oleh kerana kesibukan bekerja di hospital, pemakanan yang tidak menentu dan gaya hidup yang kurang sihat, beliau disedarkan apabila menderita “sakit kronik” pada usia akhir 20-an.
Mula Dalami Perubatan Holistik Dan Functional
Dengan tekad untuk berubah dan dipandu oleh ayah beliau Dr Sulaiman Abdullah, seorang pengamal perubatan holistik, beliau mula mempelajari seni sains perubatan holistik dan perubatan functional dan pulih daripada sakit kronik yang dialaminya. Beliau juga turut menyertai pelbagai latihan perubatan holistik lain seperti perubatan antipenuaan, estetik serta terapi regeneratif (terapi stem sel) melalui beberapa persatuan perubatan yang diiktiraf seluruh Malaysia.
Penggalian Ilmu Pengetahuan
Menyertai dan melibatkan diri dalam pelbagai persatuan
Minat Dan Pengalaman
Beliau mula menanam minat sejak 5 tahun lepas di dalam perawatan ekzema dan alahan secara semulajadi. Beliau mencipta protokol kaedah pemakanan untuk pesakit ekzema. Di samping itu beliau juga mempunyai beberapa produk formulasi beliau sendiri berdasarkan pengetahuan dan pengalaman beliau di dalam perubatan nutrisi dan perubatan functional.
Fokus Dan Kepakaran
Kejayaan Merawat Pelbagai Punca Penyakit
Perkongsian pengguna setelah melalui rawatan dan protokol The Redox
Berminat untuk dapatkan nasihat serta bimbingan saya?
Dengan follower melebihi 132K dan group FB Protokol Redoxamin melebihi 14 ribu penyertaan, Hafiz sekarang memfokuskan praktis beliau di Shah Alam serta jemputan ceramah dan program kesihatan awam di badan korporat, kerajaan dan juga awam.
Hubungi saya