Alergi Atau Tidak?

IMAGE

“Saya dah buat test alergik. Semua negatif. Tetapi kenapa masih naik gatal-gatal ni?”

Bingung dengan status kesihatan sendiri? Dah pantang macam-macam takutkan alergi tetapi bintik-bintik merah itu tetap naik. Mula rasa kecewa dan marah, tak tahu lagi apa yang boleh dimakan.

“Makanan ”yang asalnya merupakan satu nikmat tiba-tiba bertukar azab.

“Makanan ”yang bersalah?

Atau

Sistem dalam badan seseorang itu yang harus diperhatikan?

Untuk artikel kali ini, mari berkenalan dengan satu makhluk Tuhan diberi nama Histamin.

Histamin tu apa?

“Macam pernah dengar je. Bukan pil yang kena makan tu ke?”

Tatkala seseorang diserang alergi, antara rawatan konvensional adalah memberikan pil  anti-histamin. Peranannya adalah menghalang reseptor-reseptor tertentu di dalam badan untuk memberikan reaksi.

“Reseptor ”tu apa pula?

IMAGE

Reseptor ibarat tombol pintu manakala agen saraf seperti neurotransmitter Histamin boleh diibaratkan sebagai kunci. Apabila kunci yang betul digunakan pada tombol pintu yang betul, pintu akan terbuka. Jika kunci yang salah digunakan, pintu tidak dapat dibuka.

Apa kaitannya dengan tindak balas histamin dalam badan?

IMAGE

Histamin sebagai “kunci ”, boleh membuka “pintu-pintu ”di banyak tempat. Tatkala “pintu ”boleh dibuka, tindak balas akan berlaku. Misalnya, jika histamin hadir di kawasan kulit, “pintu ”akan terbuka mengakibatkan seseorang itu mengalami gatal-gatal (pruritus), kulit kemerahan (flush) dan urticaria. Jika histamin hadir di kawasan perut, gejala seperti cirit-birit, sakit perut dan kembung perut mungkin berlaku. Bagaimana pula jika histamin hadir di sistem saraf pusat? Dalam situasi sebegini, seseorang mungkin akan mengalami gejala vertigo, susah tidur, pening, loya, muntah, lemah mengawal pergerakan badan serta kurang selera makan.

Bagaimana histamin boleh bermaharajalela bertindak sebegini? Histamin musuh ke?

Sebenarnya, histamin adalah agen saraf yang berfungsi sebagai sistem pertahanan badan. Ibarat polis dalam badan, histamin akan memberi maklumat kepada sel-sel tertentu (yang memiliki reseptor atau tombol pintu yang sesuai) untuk bertindak balas tatkala “musuh ”menyerang. “Musuh ”boleh hadir dalam bentuk bakteria / virus atau keadaan stres dalam badan. Tanpa “histamin ”, sel-sel badan seakan-akan “tidur ”, tidak memberi respon tatkala keadaan kecemasan berlaku.

Namun, Tuhan yang menciptakan Histamin turut menciptakan keseimbangan dalam badan. Histamin tidak dibiarkan berterus-terusan hadir membuka segala “tombol pintu ”dalam sel-sel tertentu. Tatkala histamin tidak diperlukan, histamin sepatutnya diuraikan kepada sejenis molekul yang selamat dan tidak lagi menjalankan fungsinya. Enzim Diamine Oxidase (DAO) dicipta Tuhan untuk berfungsi menguraikan histamin agar tidak berterus-terusan memberikan signal tatkala tidak diperlukan.

IMAGE

DAO berbeza dengan pil anti-histamin di pasaran. Anti-Histamin bertindak menutup bahagian “tombol pintu ”atau reseptor sel mengakibatkan “kunci ”histamin tidak dapat memasuki “tombol pintu ”tersebut. Sifat anti-histamin ini juga sementara. Tatkala kesannya  hilang daripada “tombol pintu ”, histamin boleh memasuki “tombol pintu ”reseptor itu semula.

Sebaliknya, DAO bertindak mengubah atau menguraikan histamin agar tidak lagi “muat ”untuk memasuki “tombol pintu ”reseptor. Inilah penawar sebenar masalah kelebihan histamin dalam badan. Justeru, seseorang yang mengambil usaha meningkatkan kadar DAO dalam diri akan mendapat hasil yang berpanjangan dan bukan setakat bertahan selama beberapa jam.

Kenapa DAO dalam badan manusia berkurangan?

Bagaimana mahu meningkatkan DAO dalam badan manusia?

Persoalan ini akan cuba dirungkai dalam artikel selanjutnya

Rujukan :

Maintz, L., Novak, N. (2007). Histamine and histamine intolerance. American Journal of Clinical Nutrition. (85) 1185-1896

Dr Hafiz Sulaiman
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi mengenai pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik, terutama kepada pengguna yang ingin kembali sihat secara fitrah.
Comments
  • Aute mi ut suspendisse velit leo, vel risus ac. Amet dui dignissim fermentum malesuada auctor volutpat, vestibulum ipsum nulla.

  • Sed reprehenderit quam, non felis, erat cum a, gravida lorem a. Ultricies in pellentesque ipsum arcu ipsum ridiculus velit magna, ut a elit est. Ultricies metus arcu sed massa. Massa suspendisse lorem turpis ac.

  • Nec ut tellus ornare, orci tortor suspendisse aliquet sollicitudin rhoncus, maecenas suscipit cras porttitor vestibulum vivamus.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Panel Heading

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui.