Angin | Masalah Sensitif

Masalah angin merujuk kepada masalah sensitif dan sakit-sakit seluruh badan berpunca daripada sistem pencernaan. Saya percaya ia adalah berkait dengan dua kondisi iaitu:

  1. Masalah Leaky Gut
  2. Masalah Intoleran Histamin

Masalah angin ini berlaku akibat stres dalaman (radikal bebas) yang tinggi. Stres dalaman ini terhasil daripada pemakanan, persekitaran dan emosi yang toksik. Stres dalaman ini akan mengakibatkan leaky gut. Leaky gut ialah sindrom “kebocoran usus ”akibat kerosakan lapisan usus.

Malah masalah leaky gut juga mengakibatkan

  • Leaky skin seperti ekzema dan psoriasis
  • Leaky brain -gangguan mental
  • Leaky blood vessel mengakibatkan keradangan dan penyakit salur darah.

IMAGE

Banyak kajian saintifik terbaru menunjukkan pusat imuniti badan ialah pada sistem pencernaan. Kerosakan sistem pencernaan akan mengaktifkan imuniti secara berlebihan dan mengganggu kestabilannya.Ini meningkatkan risiko:

  1. Alergi dan Alahan
  2. Masalah Gangguan Mental
  3. Masalah Penyerapan Nutrisi
  4. Penyakit Autoimun
  5. Masalah Hormon
  6. Masalah kepenatan kronik

IMAGE

Stres dalaman meningkatkan keradangan dan kestabilan imuniti (hiperaktif). Akibatnya, badan menjadi sensitif dan mudah radang.

Selain daripada itu, kerosakan lapisan sistem pencernaan mengakibatkan peningkatkan bahan kimia saraf histamin . Ejen saraf ini lah punca badan menjadi lebih sensitif, cepat stres dan mudah radang. Maka lebih tinggi histamin terkumpul dalam badan, badan jadi lebih gatal, lebih mudah bengkak sakit-sakit dan jadi sensitif. Malah emosi juga boleh jadi sensitif.

IMAGE

Histamin merupakan ejen saraf badan yang menyebabkan kulit jadi sensitif, gatal dan radang (bengkak, merah, panas, sakit dan hilang fungsi)

Kesimpulannya, stres dalaman dan persekitaran boleh mengganggu sistem pencernaan. Sistem pencernaan merupakan pusat imuniti dan gangguannya mengakibatkan badan jadi sensitif dan mudah radang.

Kaedah untuk pemulihan masalah sakit kronik ini ialah dengan memulihkan sistem pencernaan yang rosak.  Mengubahsuai gaya hidup kepada asal kejadian(fitrah)  akan mengurangkan bebanan stres dalaman. Insha Allah penyakit angin akan hilang.

Penafian: Keseluruhan kandungan halaman ini adalah pendapat peribadi Hafiz Sulaiman . Ia tidak bertujuan menggantikan nasihat perubatan. Kami menggalakkan anda berbincang dengan doktor sekiranya mempunyai kondisi kesihatan. Terutamanya mengandung, menyusukan anak, mengambil ubat.

Dr Hafiz Sulaiman
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi mengenai pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik, terutama kepada pengguna yang ingin kembali sihat secara fitrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Panel Heading

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui.