5 Jenis Ikan Pantang Bagi Penderita Gerd Dan Ekzema

Betulkah perlu pantang sesetengah jenis makanan contohnya ikan selepas bersalin?

Ikan merupakan makanan berkhasiat yang merupakan menu utama dalam santapan harian masyarakat Malaysia. Namun begitu, sesetengah jenis ikan  ditegah amalannya buat sementara waktu terutamanya bagi ibu berpantang selepas bersalin.

Ikan-ikan ini mungkin menyebabkan simtom penyakit-penyakit di bawah ini menjadi lebih teruk terutamanya selepas bersalin atau jika kita mempunyai alahan atau perut yang sensitif.

Makanan tinggi histamin boleh mencetus kegatalan ekzema pada mereka yang sensitif dan alah.

MASALAH BADAN SENSITIF

1) Ekzema : Ruam dan kegatalan menjadi lebih teruk.

2) Alahan atopi seperti asma dan resdung

3) Migrain atau sakit kepala : Sakit kepala mungkin tercetus.

4) Sakit seperti senggugut jadi lebih teruk.

5) GERD : Jika ada radang gastrik, ia boleh jadi lebih teruk. Simtom yang biasa berlaku selepas makan ikan ini ialah sakit perut, kembung, berdebar dan sesak nafas. Emosi dan mental. juga boleh jadi terganggu menyebabkan stres, meroyan, fikir bukan-bukan, risau dan pelupa.

Bagaimana simtom boleh jadi lebih teruk? Ikan ini mengandungi kandungan amino asid histidin yang berpotensi ditukarkan kepada bahan kimia saraf iaitu histamin oleh kuman yang hinggap di makanan ini . Maka makanan tinggi histamin ini berpotensi menyebabkan sensitif dan keradangan  bagi  yang alah.

Berikut merupakan ikan yang tinggi paras amino asid histidin:

IKAN TINGGI PARAS HISTAMIN PENYEBAB SENSITIF

(1) Ikan Kembung

(2) Ikan Tongkol

(3) Ikan Cencaru

(4) Ikan Bawal (Hitam/Emas)

(5) Ikan Pari

 

INFO MAKANAN TINGGI HISTAMIN

⋅ ​Makanan ini menyebabkan badan semakin sensitif dan mungkin mencetus alahan dan keradangan.

⋅ Makanan histamin dihasilkan apabila kuman makanan itu menukarkan asid amino histidin ( daripada makanan protein) kepada histamin.

⋅ Kesegaran makanan sangat penting – Semakin lama makanan dibiarkan, semakin banyak kuman yang menukarkan protein makanan itu kepada histamin. Maka semakin tinggi risiko reaksi alahan terhadap makanan.

⋅ Contohnya : Makanan laut bercengkerang seperti udang dan ketam tinggi histamin. Tetapi makanan laut ini yang tidak fresh jauh lebih tinggi histamin. Udang kering yang lebih tinggi histamin misalnya lebih berisiko alah berbanding udang segar.

Makanan laut bercengkerang ialah makanan yang tinggi kandungan histamin, bahan penyebab badan jadi sensitif dan mudah radang.

PENCEGAHAN ALAH DAN PEMULIHAN

⋅ Bagi penderita penyakit sensitif histamin ini, mereka mempunyai kadar histamin di dalam badan yang tidak seimbang –terlalu tinggi.

⋅ Maka makanan tinggi histamin ini sebaiknya dielakkan untuk mengelakkan tercetusnya keradangan seperti ekzema atau simtom “angin ”bagi penderita GERD.

⋅ Mengelakkan pencetus keradangan dan kegatalan ini juga mencepatkan pemulihan. Badan akan mula membaik pulih jika tiada stres berlebihan.

⋅ Pulihkan penawar histamin semulajadi badan yang rosak akibat kerosakan sistem pencernaan, kerana pemakanan yang tidak sihat.

PENAWAR HISTAMIN IALAH ENZIM DAO

⋅ Secara teorinya, pemulihan lapisan sistem pencernaan mengembalikan enzim DAO yang mampu mengurangkan sensitif badan.

⋅ Enzim DAO merupakan penawar histamin semulajadi yang banyak terletak di salur pencernaan.

Histamin diuraikan oleh enzim DAO menjadi bahan tidak aktif.

Enzim DAO merupakan pengurai histamin yang banyak terletak di lapisan salur pencernaan.

⋅ Apabila enzim ini pulih, insha Allah makanan tinggi histamin seperti ikan-ikan “gatal ”ini tidak lagi menyebabkan keradangan dan alah.

⋅ Maka, pulihkan usus demi pemulihan alahan histamin ini!

⋅ Jadi ibu yang baru lepas bersalin, berpantang dulu ikan-ikan yang tinggi histamin ini, pulihkan kesihatan perut dan usus. Kemudian insha Allah badan yang sensitif dan alah akan mula pulih.

Info Ekzema dan Kaedah Pemulihan Masalah alah dan Sensitif? —>MAKLUMAT LANJUT DI SINI

Posting FB TOP 5 IKAN PALING GATAL. PALING “ANGIN”.
https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=pfbid02D2g4MNCtKpgDEbHvYLLFvq2B6yVmnZKLaYPCvFgvwPPBKHyv1BshTb6PJ298oLMHl&id=100000504674719&mibextid=Nif5oz

Dr Hafiz Sulaiman
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi mengenai pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik, terutama kepada pengguna yang ingin kembali sihat secara fitrah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Panel Heading

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui.