5 Sebab Kenapa Penderita Ekzema Wajib Jaga Makan

Ada ramai pesakit ekzema yang menyangka alahan dan trigger alergi ini adalah bergantung kepada individu semata. Walaupun ada kebenarannya, saya kemukakan beberapa sebab mengapa pentingnya semua penderita ekzema jaga pemakanan.

Ekzema Ialah Penyakit Radang Kulit

Merah, bengkak, gatal, sakit, panas …semua ini simtom dipanggil radang.

Makanan dapat meningkatkan atau mengurangkan keradangan.

Contohnya makanan yang membebankan sistem pencernaan, makanan toksik seperti sesetengah perwarna dan aditif dalam makanan proses. Gula berlebihan dan lemak trans terbukti menerukkan radang.

Makanan fitrah semujadi yang tertentu boleh mengurangkan keradangan. Antaranya zat daripada buah-buahan,  herba dan bahan mineral.

IMAGE

Apa itu Keradangan? Sesuatu bahagian itu dikatakan radang apabila

  1. panas
  2. merah
  3. bengkak
  4. sakit
  5. hilang fungsi

IMAGE

Tak Alah Serta Merta Tak Bermaksud Pasti Tiada Alahan Makanan

Jika kita beri anak kita pisang dan dapati tiada reaksi dalam masa sejam dua, ia tidak menjamin anak kita tiada alah pisang.

Alahan terutamanya alahan makanan  mungkin mengambil masa 48-72 jam sebelum timbul reaksi radang. Maka, jika tiada makanan menerukkan radang ekzema serta merta, mungkin bermakna radang ini  timbul esok atau lusa.

Pemakanan Yang Baik (Toyyib) Membantu Pemulihan Ekzema Secara Fitrah.

Walaupun kita tidak alah terhadap makanan, mengelakkan pengambilan makanan tidak sihat akan mencepatkan pemulihan pesakit ekzema.

Pemakanan merupakan sejenis stres terhadap badan yang meningkatkan histamin, bahan saraf penyebab kegatalan, keradangan dan sensitif badan.

Bila kita kurangkan stres daripada pemakanan memudaratkan, badan kita akan pulih automatik secara fitrahnya.

Pemakanan Toksik Mungkin Berkumpul Di Dalam Badan Menyukarkan Pemulihan

Pemakanan makanan tercemar dengan toksin seperti pestisid, sesetengah pewarna dan aditif makanan mungkin mendatangkan kesan negatif jangka masa panjang terhadap penderita ekzema dan alahan.

Ini kerana keupayaan bahan toksik ini berkumpul di dalam badan. Bayangkan sesetengah pestisid yang biasa didapati di dalam buah dan sayuran ini hanya luput selepas beberapa tahun! Bayangkan toksik ini bukan sahaja menyebabkan keradangan dan meningkatkan stres dalaman tetapi juga merosakkan genetik sel badan kita. Apa yang lebih bahaya ialah kesan negatif ini kita tak sedar kerana mungkin reaksi serta merta tak teruk seperti alahan.

Maka, amat penting bagi kita memilih makanan toyyib yang organik atau sekurangnya, ambil langkah mengurangkan kandungan toksik di dalam makanan.

Ekzema Anda Mungkin Berpunca Daripada Masalah Sistem Pencernaan

Ramai tidak sedar makanan yang membebankan sistem pencernaan seperti gandum, sesetengah legum dan susu lembu juga berisiko meningkatkan keradangan. Bagi mereka yang tiada alahan gluten (gandum), casein (susu) dan protein kekacang, mungkin ekzema tak jadi lebih gatal atau bengkak. Namun, jika dibiarkan sistem pencernaan mungkin menjadi makin lemah mencetus sindrom kebocoran usus @ “leaky gut ” . Di samping itu, kerosakan lapisan sistem pencernaan boleh meningkatkan histamin kulit mengakibatkan kulit jadi lebih sensitif. Sindrom “alah histamin “ ini juga mengakibatkan badan mudah stres dan jadi radang. Kedua sindrom ini secara teorinya menyebabkan ekzema jadi lebih teruk dan susah pulih.

Bagaimana kaedah pemakanan untuk ekzema? Saya akan jelaskan di bahagian info ekzema dan perincikan satu persatu di ruangan blog ekzema kemudiannya insha’ Allah. Sila tekan subscribe supaya tidak ketinggalan post terbaru daripada saya.

Kita jaga pemakanan kita bukan sekadar untuk pulih daripada derita penyakit ekzema. Ekzema mungkin akan berulang kembali jika kita hanya diet tanpa niat mengubah gaya hidup pemakanan tidak sihat. Tetapi jika kita jaga pemakanan untuk pulih dan jadi lebih sihat insha’ Allah, ekzema akan jadi sejarah pahit yang tak ingin lagi kita alami dan ingati.

Dr Hafiz Sulaiman
Hafiz merupakan seorang pengamal nutrisi functional yang mula menyebarkan kesedaran kesihatan melalui media digital dan juga ceramah kesihatan badan kerajaan dan korporat. Beliau juga memberi coaching peribadi mengenai pemakanan dan pemulihan kesihatan secara holistik, terutama kepada pengguna yang ingin kembali sihat secara fitrah.
Comments
  • Nec ut tellus ornare, orci tortor suspendisse aliquet sollicitudin rhoncus, maecenas suscipit cras porttitor vestibulum vivamus.

  • Neque turpis vitae eros praesent varius. Egestas pellentesque urna blandit, sed ac leo ut mi, nam wisi, laborum donec erat amet.

    • Massa suspendisse lorem turpis ac. Pellentesque volutpat faucibus pellentesque velit in, leo odio molestie, magnis vitae condimentum.

    • Aute mi ut suspendisse velit leo, vel risus ac. Amet dui dignissim fermentum malesuada auctor volutpat, vestibulum ipsum nulla.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Panel Heading

Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit, sed do eiusmod tempor incididunt ut labore et dolore magna aliqua. Ut enim ad minim veniam, quis nostrud exercitation ullamco laboris nisi ut aliquip ex ea commodo consequat. Duis aute irure dolor in reprehenderit in voluptate velit esse cillum dolore eu fugiat nulla pariatur. Excepteur sint occaecat cupidatat non proident, sunt in culpa qui.